Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya AIDILFITRI

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua...
tahun nie giliran family kita sambut raya kt SU,tahun lepas dah sambut kat PT,adik beradik ibu pulak ada yang beraya di rumah mentua,ada yang tak dapat bercuti..
tak pelah,walaupun diaorang tak ada raya kena gak sambutkan..

selepas solat hari raya kat masjid, sesi bergambar..
sayang sungguh la,ada yang tak suka bergambar..
sape lagi boboi ibu & aki la...
apa-ape pun dapat jugak akhirnya setelah puas mengejas...

ibu,ayah & farish
ibu & ayah

Tuesday, August 30, 2011

main bunga api

malam raye..terasa sedih jugak cuma ada aki,wan n mak chu chah 
jer kt umah ayah pulak dari pagi tadi balik PT tolong tok dan wan kat sana bakar lemang,sampai sekarang belum balik lagi.

Lepas berbuka pose dan solat maghrib,ibu ajak mak chu chah pegi rumah kawan ibu hantar lemang diaorang mintak tolong aki buatkan..sampai sana sempat la borak-borak kejap pastu gerak gi mini market jap beli Tom Yam kiub..nak guna hari esok masak bihun Tom Yam&bihun sup.^-^.

Sampai umah semula,dah lewat la juga..tup..tup nampak ayah dah ada tunggu kat beranda..katenye nak ajak boboi ibu main bunga api. Siap bawak keluar dah bunga api yang dia belia ari tu ..excited sungguh gayanya..^-^....

Ibu tolong tunjukkan dulu ye..
Masih takut-takut lagi tu....
Wah dah terer


Wednesday, August 24, 2011

Heppi besday Farish

21 Ogos 2011,genap 2 tahun anak ibu,pejam celik-pejam celik dah besar rupanya dia,rasa macam baru semalam jer dia lahir ke dunia nie.Dah besar katakan kerenah dia pun boleh tahan hebatnye.Baru boleh cakap sket2 sekejap lagi kalo dapat mulut tambah penatlah ibu dan ayah nak melayan dia bercakap.

Sama seperti tahun lepas,sebabkan besday anak ibu ni jatuhnye pada bulan Ramadhan al-mubarak ibu tak buat majlis besday beria-ia sangat,ibu cuma belikan kek je(sian dia). Kite  makan kek same-sama jer la...seronok jugak......huhu (ayat nak menyedapkan hati).

Dengan rasa tak malunya,ibu ke kedai kek siang-siang hari untuk cari kek sempena besday boy nie.Tak banyak pilihan kek kat situ,kalo nak yang special kena tempah 3 hari sebelum. Informasi dapat last-last minit,jadinya beli jer la,taun depan ibu beli kek lain okey.


kek biasa je
Lepas beli kek terus balik umah atok kat Padang Tengku, giliran jumpa atok & wan pulak minggu nie.Masak ape la petang nanti..harap dapat makan juadah yang best-best ye.


Siap jer berbuka pose,acara memotong kek bermula. Seronok ibu & ayah tengok adik potong kek terus snap gamba dia pegang pisau....tu sebab dia dah besarkan.



Buat anak kesayangan ibu...

Jadilah seorang anak yang berjaya didunia dan diakhirat,menghormati kedua ibu bapanya,mengasihi kedua ibubapanya...doa ibu sentiasa ada bersamamu anakku...amin