Tuesday, June 05, 2012

Saya masuk kelas menjahit ..( Part 1)

Salam kengkawan,

Lama tak menjengok blog nie,sebenarnya banyak cite terlepas begitu jer. Tak sempat nak tepek kat sini, terasa malas nak menulis.Cibuk melayan dak adik yang makin hyperactive tu pun ye gak..huhu.

Kali nie saya nak cerita pasal saya belajar menjahit. Kelas tu anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Sebelum masuk cite pasal xtivti saya menjahit ,saya nak kongsi serba sedikit latar belakang ECERDC mungkin page nie page sesi berkenalan jer dulu..jgn mare kengkawan.

Dari informasi yg saya dapat,program nie dibuat untuk membangunkan modal insan menerusi projek Empower. Katanya kerajaan Pahang memperuntukan RM 2.4 juta untuk melaksanakan program tu.Dilancarkan secara berperingkat-peringkat mengikut daerah fasa pertama dilaksanakan di Bentong pada tahun lepas selepas tu diperluaskan ke Temerloh,Kuala Lipis dan Cameron Highland. 

Korang nak tau mcm-mcm kursus yang ditawarkan.Kat bawah nie saya tepek senarai kursusnya:

1.         Kursus Pengurusan Penjaja
2.         Kursus Buat Kek
3.         Kursus Masakan Malaysia
4.         Kursus Jahitan & Rekaan(kursus saya ambil)
5.         Kursus Membaik Pulih Telefon Bimbit(H/P)
6.         Kursus Komputer Networking
7.         Kursus Gubahan Bunga & Kraftangan
8.         Kursus Wiring(Elektrik) & Plumbing.
9.         Kursus Receptionist & Pegawai Perubungan Awam.
 
(kursus free jer kengkawan tapi tempat terhad.)

Latihan kemahiran dan keusahawanan pun diajar pada kita semasa mengikuti kursus tersebut.

Majlis Pelancaran Di Felda Sg Koyan
 Ok,kengkawan nnti sy tepek gamba & cite xtiviti saya kat dalam kelas jahitan plak ye.