Tuesday, November 01, 2011

Berjimba di Karnival Lipis 2011.

Sumber gambar dari Blog Majlis Daerah Lipis
Sempena malam penutup Karnival Lipis untuk tahun 2011 baru-baru nie,ibu ngan dak adik tak melepaskan peluang untuk turut serta berjimba-jimba seketika kat situ. Karnival setiap tahun nie buatnya selama minggu dan termasuk dalam kalendar perlancongan daerah Lipis.

Sama seperti taun-taun lepas jugak,acara diadakan kat Padang Majlis Daerah Lipis,cuma taun nie nama tempat tu ditukar kepada Dataran Lipis,nak bagi lebih glamor la agaknya...huhu..

Daya tarikan- air terjun kelip-kelip
Disebabkan incik ayah bertugas lagi pada malam tu,dak adik & ibu dia berpeluang la melepak-lepak kat tempat urusetia,wat pertama kalinya kitaorang bebas nak kesana-kemari,mengenali antara satu sama lain ngan rakan-rakan seperjuangan incik ayah..maklumlah dah menjadi kaum kerabat MDL le katakan...


bergambar depan hadiah cabutan bertuah...

Meriah sungguh malam tu,kan dah kata malam akhir,tak sangka pulak ada artis jemputan. Walaupun artis tak berapa glamor tapi boleh la nak memeriahkan majlis.Kesian kitaorang dengar suara jer tak dapat nak gi depan pentas utama sebab orang ramai sangat.

Acara last malam tu,bunga api kira majlis penutup la,time tu dak adik ngan ibu dah dalam kete menunggu ayah abis keja,tengok dari jauh jugak sebabnya dak adik takut mercun.

ambik gambar dulu sebelum balik...huhu
 Okey,tahun depan kita jumpa lagi ye...

No comments: